Cermin Hati

Saturday, January 20, 2007

Moga berlalu hari-hari sedih

Ana dah dapat menghubungi Ash melalui Yahoo Messenger november lalu. Mula-mula sengaja ana add yahoo address dia tiba-tiba dia add juga. Satu hari Ash buzz dan kami berbual. Ash macam biasa, merendah diri, bercakap soal yang sama. Ana tak tahan, ana tanya terus terang siapa Farah di sisi Ash. Ash terkejut dan masih cuba menyembunyikan hakikat. Setelah Ana desak Ash mengakui yang dia sayangkan Farah. Yang Ana sangat sedih Ash bercerita tentang Farah tanpa bercerita pun tentang kami. Yang ada cuma dia beri hint bahawa dia tak sesuai dengan Ana sebab dia tak berduit. Dan Ana orang baik bukan macam dia. entahlah...Ana rasa memang dia tak berguna dan bodoh. Dia sanggup tinggalkan Ana kerana perempuan macam tu. Tapi di sebaliknya Ana fikir ada baiknya, kalau tidak Ana yang kahwin dengan lelaki ego.

1 Januari Ash bertunang dengan Farah. Sah alasan Ash yang selama ini dia tak berduit dsbg hanyalah alasan semata-mata. Bertunang dengan Farah tak guna duitkah? Guna daun kot. Hati Ana memberontak. Tapi Ana buang semua tu. Ramai yang mendoakan Ana dapat lelaki yang terbaik..yang deserve memiliki Ana. So, apalagi yang Ana bimbang? Satu saja sebenarnya, Ana nak hadiahkan perkahwinan Ana kepada kedua ibu-bapa Ana. Selebihnya Ana rasa dah berikan yang terbaik. Sabarlah Mak..Bapak... Insyaallah, jodoh Ana akan datang jua.

Doa Ana setiap hari..jauhkan dari kesedihan dan kemalasan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home