Cermin Hati

Sunday, May 20, 2007

Pasca convo ketiga

Hari-hari yang sibuk dengan persiapan majlis convo ketiga IIC dah pun berlalu. Tamat saja convo, seperti biasa aku tumbang seminggu. Demam keletihan. Tapi ok sedikit berbanding tahun lepas. Mungkin sebab aku hanya sibuk beberapa minggu terakhir persiapan. Itupun hal-hal yang berkaitan protokol dan stage. Walaupun kesannya kurang dari convo yang lalu, convo kali ini aku lebih tertekan dari yang lepas. Mungkin kerana convo kali ini aku tak involve dari mula, bila keadaan dah terdesak baru aku mainkan peranan. Jadi, peranan aku lebih pada menampal lubang-lubang yang dah dibuat orang dan mengelakkan ada lubang-lubang baru. Yang keduanya, walaupun aku advisor, aku tak letakkan kuasa membuat keputusan di tanganku. Aku lebih suka jika director yang membuat keputusan. Jadi, bila ada ketikanya aku terpaksa overule keputusan director, aku rasa bersalah yang amat sangat, kerana nampak macam aku mengambil alih kuasa atau bahasa lebih mudahnya aku gila kuasa. Yang ketiganya, semester kali ini aku kurang focus pada kerja kerana kesibukan dengan tesis dan exam. Exam pulak jatuh pada tarikh-tarikh kritikal majlis konvo, bukan senang nak focus one thing at one time dalam keadaan terdesak macam ni. Yang keempatnya pula, keluargaku ada di KL semasa konvo berlangsung, macam biasa, bila family ada di KL, aku terpaksa pula mobile dari rumahku ke Sri Gombak sbb mereka bermalam di rumah adikku Zaki. Mak dan bapaku pula, memang akan tunggu aku balik kerja baru nak makan nasi... jadi aku memang terkejar-kejar kesana- kemari sepanjang convo. Nasib baikla, Sri Gombak ajer.
Walaubagaimanapun, aku harus berpuas hati. Performance untuk Projek 1, alhamdulillah.. walaupun tau tau lagi apa resultnya, berdasarkan komen examiner, project aku ok. Thanks to kak Atie, Abg Anuar dan tak lupa si kecik Ain yang datang masa hari presentation. Thanks to Ija.. sbb banyak jawab soalan yang aku tak faham dalam project guideline, thanks tak terhingga pada Dr. Naomie dan PM Wardah, sebab jadi supervisor yang perform. Terima kasih sebab belasah teruk-teruk masa progress presentation, kalau bukan sebab kena belasah tu, mungkin aku tak boleh buat sebaik itu. Thanks to friends yang selalu berkongsi rasa dan keletihan. Dan alhamdulillah.. carry mark untuk subject Dr. Naomie pun tak teruk sebagaimana disangka. Aku serahkan pada Allah yang selebihnya.
Kadang-kadang aku hairan, bila aku berusaha bersungguh-sungguh... apa yang aku dapat tidaklah begitu memuaskan hati. Bila aku rasa aku kurang berusaha, tiba-tiba aku dapat lebih dari yang aku jangkakan. Misteri sungguh. Semester ini aku rasa aku paling tidak rajin belajar dan berusaha. Kebanyakannya, aku buat last minute, tapi resultnya, aku rasa lebih baik pula dari biasanya. Apa-apapun, aku anggap semuanya sebagai rezeki yang tak perlu aku persoalkan. Aku terima dengan redha dan syukur tak terhingga. Semoga nikmat tuhan tidak akan berhenti di sini....

Labels:

Moga berlalu hari-hari sedih 2

Setelah kisah ash buzz aku dan ceritakan tentang Farah, aku tambah huru-hara. hatiku, perasaanku, semuanya hancur dan luluh. Setelah beberapa bulan, ash tegur aku lagi dgn YM. Ketika itu aku sedang kelam kabut dgn tesis, assignment dan tugasan pejabat. Entah kenapa hatiku jadi lembut untuk melayan dia. Dia jemput aku ke wedding dia dgn Farah? dia kata, aku wajib datang sbb aku org yang 'rapat' dgn dia. 'Rapat?' aku tanya dia, rapat macam mana? dia kata rapat sbb dia pernah mengorat aku dulu. Aku ketawa dalam menangis. Kadang-kadang aku rasa tidak adil aku untuk aku mengatakan dasar lelaki macam tu. Lepas dia ngorat aku, dia tinggalkan aku, lps tu kata dia pernah sayang aku, tp tak ada jodoh. Aku mmg setuju dgn hal jodoh tu, tp aku rasa sedih sbb tak bolehke dia terfikir yang aku dalam kesedihan. Sanggup dia cakap mcm tu pada aku. Tak terasa ke dia yang dia dah mengecewakan aku.. sampai dia sanggup YM aku semata-mata nk bgtau aku dgn dia tak ada jodoh. Kalaupun niatnya ikhlas nak menjemput aku ke majlis dia, kenapa dia mesti ungkitkan yang aku ni sepatutnya skrg dah kahwin. Tergamaknya semua tu terkeluar dari dia sedangkan dia salah seorang lelaki yang buat aku tergolek-golek kecewa.

Hai..entahlah... sampai bila agaknya aku akan jadi begini.

Saturday, January 20, 2007

Moga berlalu hari-hari sedih

Ana dah dapat menghubungi Ash melalui Yahoo Messenger november lalu. Mula-mula sengaja ana add yahoo address dia tiba-tiba dia add juga. Satu hari Ash buzz dan kami berbual. Ash macam biasa, merendah diri, bercakap soal yang sama. Ana tak tahan, ana tanya terus terang siapa Farah di sisi Ash. Ash terkejut dan masih cuba menyembunyikan hakikat. Setelah Ana desak Ash mengakui yang dia sayangkan Farah. Yang Ana sangat sedih Ash bercerita tentang Farah tanpa bercerita pun tentang kami. Yang ada cuma dia beri hint bahawa dia tak sesuai dengan Ana sebab dia tak berduit. Dan Ana orang baik bukan macam dia. entahlah...Ana rasa memang dia tak berguna dan bodoh. Dia sanggup tinggalkan Ana kerana perempuan macam tu. Tapi di sebaliknya Ana fikir ada baiknya, kalau tidak Ana yang kahwin dengan lelaki ego.

1 Januari Ash bertunang dengan Farah. Sah alasan Ash yang selama ini dia tak berduit dsbg hanyalah alasan semata-mata. Bertunang dengan Farah tak guna duitkah? Guna daun kot. Hati Ana memberontak. Tapi Ana buang semua tu. Ramai yang mendoakan Ana dapat lelaki yang terbaik..yang deserve memiliki Ana. So, apalagi yang Ana bimbang? Satu saja sebenarnya, Ana nak hadiahkan perkahwinan Ana kepada kedua ibu-bapa Ana. Selebihnya Ana rasa dah berikan yang terbaik. Sabarlah Mak..Bapak... Insyaallah, jodoh Ana akan datang jua.

Doa Ana setiap hari..jauhkan dari kesedihan dan kemalasan.

Thursday, September 28, 2006

Bila kebenaran tersingkap

Akhirnya.. setelah berharap begtu lama.. tertanya-tanya, kebenaran tersingkap jua. Akhirnya aku tahu jua siapa aku di sisinya. Alangkah membazirnya segala harapan dan cita-cita yang pernah aku sandarkan untuknya.
Bulan Ramadhan ini banyak mengimbau kenangan bermulanya satu pertemuan. Kenangan bermulanya kasih bercambah perasaan. Kadang-kadang aku kesal kerana aku membiarkan hati dan perasaan ini terpaut padanya. Aku kesal kerana membenarkan kasih sayang itu bercambah. Sedangkan ini entah kali keberapa ia terjadi. Dan yang paling menyedihkan adalah aku telahpun mempersiapkan diri untuk sesuatu yang lebih besar dari hubungan ini. Yang aku terjemahkan dari bingkisan-bingkisan yang dikirimkan padaku. Tapi aku kini terluka lagi. Di saat keluarga mendesak... di saat harapan diletakkan terlalu besar dan tinggi buatku. Aku terpaksa akur lagi dengan kekecawaan ini. Maafkan aku keluargaku. Buat masa ini aku tak mampu menunaikan segala harapan kalian. Bukannya aku tak mahu, tapi semuanya di luar kawalanku. Aku juga punya naluri untuk dimiliki dan memiliki. Tapi keputusan itu bukan milikku. Maka tidak mungkin harapan itu mampu aku jadikan kenyataan.

Tak tergambar rasa sebak dan sedih bila aku tahu hakikat yang sebenarnya. Air mataku tidak mampu aku tahan terutama bila mengadap tuhan. Dalam solat aku kongsi ceritaku, kesedihanku yang sampai saat dan ketika ini tiada siapa pun tahu apa yang berlaku.

Dalam sunyi dalam sendu aku terus berdiri. Semoga aku terus tabah menghadapi. Aku pohon pada yang esa agar semua dugaan ini berlipat ganda hikmahnya. Hanya yang terbaik akan aku miliki setelah sekian lama derita ini aku lalui.

- Maka nikmat tuhan yang manakah yang mampu aku dustakan? -

Monday, September 18, 2006

Still hoping..

I talked to zu two nights ago. She said "zu bahgia kak.." She sent me her wedding photos. How sweet. And her husband’s smile looks like someone that I knew and loved one time ago. Jealous? Of course. Zu is considered as one of my student. Of course I had the feeling. But i'm happy to know that she is happy since I know how much pain she experienced with love before. I told her everything about me. Something that i still hide from other friends.

After deciding that i have to stop thinking about Ash.. I feel free. very very free. But I realized that I still hope that he will call me.. sms me.. talk to me. I always check my phone. I always check my Inbox, when I receive sms I imagine that the sms is from him before I saw the name of the senders. Again... its frustrating. I make sure that I have credits for my prepaid, worrying that i'm not able to reply his messages. But it never happen bcoz he never sent any to me anymore. I miss him so much. And I don't know why. I didn't tell him that I want to break off so, it considered as I never broke up with him. But I totally lost him. He lost in silent. It happen again after a few years. After the love story with Zuami ended without notice. I really wonder why I should experience this pain again and again. And it makes my family think that someone 'kenakan' and I have to go for 'berubat kampung'. Which is out of my believe system. But as a good daughter, I did what they want. It hurts…really hurts… they are expecting me to at least engage this year. It might not happen after what happen between me and Ash..

I sms sa'adah last nite.. she is getting married this november. I called Nordin, who is still frust bcoz sa'adah is getting married with someone else. Thank god I never have enemy in this world. Everybody is my friend and most of them are my bestfriends who I can talk, trust and share my feeling. The only thing is I seldomly share my real feelings. I'm a good figure in in their eyes. Bcoz they saw me as someone who is very strong and patient.

Yesterday two of my friends unintentionally sent wrong messages to me. It supposed to be sent to their fiancée and hubby. One of it was “ Yang… drive elok2 yer.. orang tunggu Yang sampai” . Aduss..

In my solat hajat every night, "Ya Allah..tabahkan hatiku menghadapi semua dugaanmu" Amin..

Friday, September 15, 2006

Ana yang mula menulis..

Ana terlalu banyak memendam rasa. Ana tak tahu kenapa ada banyak perkara ana tak mahu kongsi dengan orang lain. Ana bukanlah pendiam orangnya, ana bukan tidak mempunyai rakan bahkan ana sebenarnya tidak punya musuh. Tapi ana sendiri hairan sebab banyak yang ana ingin katakan dan luahkan ana pendamkan dalam hati semata-mata. Ana telan bulat-bulat, walaupun hati ana sangat sakit bila ana pendam-pendam.

Menyedari hakikat itu, ana create blog ni. Dengan harapan ana mampu meluahkan. Biarpun tak ada siapa mendengar ataupun membaca. Kalau boleh biarlah tak ada siapa pun tahu.

Dalam hidup berbagai-bagai perkara akan dilalui dan berbagai perkara akan menghantui. Ana akan berumur 28 tahun bulan november ini. Secara peribadi, ana dah sampai tahap orang yang berjaya. Kerjaya - level assistant manager. Study? - sedang buat part time master di UTM. Keluarga - alhamdulillah, semakin stabil. Tapi ada satu perkara yang masih menjadi isu besar dalam hidup ana. Ana masih single. Keluarga semakin mendesak. Masalahnya, bukan ana tak hendak kahwin macam ramai wanita berkerjaya lain... tapi setakat ini ana tak jumpa lelaki yang betul-betul ikhlas dan nak kahwin dengan ana. Bukan tak jumpa langsung.. jumpa tapi semuanya tak berjaya.

Kalau ikutkan dah berapa kali ana putus cinta. Sampai ana serik rasanya. Tapi ana tak berhenti mencuba. Ana ingat yang pertama.. bercinta dengan cikgu sendiri. Bila keluarga dah setuju, dia ubah fikiran. Dia tak berfikir panjang katanya. Kali kedua.. ana ingat dah cukup serius. Ana ketepikan perbezaan status dan tahap pendidikan. Keluarga tak ada halangan. Rupa-rupanya dia suami orang beranak dua. Putus. Ini antara kekecewaan yang paling besar yang pernah ana lalui. Kali ketiga, cinta terlarang. Bercinta dengan student sendiri. Tapi ana putuskan. Dia 6 tahun lebih muda dari ana. Ana rasa tak ada masa depan yang baik. Dan yang terbaru..student juga. Setahun lebih muda, dah bekerja, cuma masih buat degree secara part time. Entahlah.. dia tak cukup bersungguh-sungguh walaupun sampai sekarang ana masih berharap dia mengotakan apa yang pernah dikatakannya. Cuma semakin lama ana tunggu, semakin sakit terasa. Hingga ana buat keputusan untuk melupakan dia.

Bila ana jumpa kawan-kawan yang dah berkeluarga, ana sangat-sangat cemburu. Bila ana pergi majlis kahwin kawan-kawan.. air mata ana masti luruh. Ana tak tau kenapa sampai sekarang ana jumpa lelaki, ana diberi harapan, tapi lepas tu ana dikecewakan. Kalau sekadar untuk dikecewakan ana lebih rela tak jumpa sesiapa. Ana boleh hilang mood semata-mata cemburukan kebahagiaan orang lain. Sukanya melihat mereka dah ada baby masing-masing...alangkah bahagianya.

Tapi apa yang ana boleh buat? ana berdoa.. ana solat hajat.. baca yaasin setiap hari..moga tuhan percepatkan jodoh ana. Tapi tuhan masih belum makbulkan. Tuhan uji kesabaran dan ketabahan ana. Dan yang terbaru ana dipaksa mandi bunga oleh keluarga. Air jampi dan segala macam. Hati ana memberontak buat semua tu. Tapi kerana hormatkan keluarga ana turutkan juga. Mungkin tuhan susah nak makbulkan doa ana sebab ana ni bukan baik sangat, tapi ana mohon tuhan makbulkan doa ibu-bapa ana. Ana sangat-sangat takut, mereka tak sempat tengok ana ke jinjang pelamin memandangkan umur mereka yang semakin bertambah. Sudah tentulah mereka ingin sangat menimang cucu sendiri.

Tapi ana tetap macam biasa. Di hadapan orang lain ana nampak relax.. ceria.. bersemangat. Tapi orang tak tahu ana sebenarnya dalam konflik dan peperangan melawan perasaan sendiri. Semuanya dalam senyap dan diam. Ana risau kalau tiba-tiba ana tumbang kerana tak mampu lagi bertahan.

Semalam contohnya ana attend satu dinner. Kawan-kawan datang dengan keluarga. Walaupun ada yang bujang, tapi mereka jauh lebih muda dari ana. Ana masa age diaorag dulu masih tak berapa kisah pasal kahwin. Tak ada sesiapa desak. Tapi bila tengok kawan-kawan pegang baby.. aduh.. cemburunya... tiba-tiba ana hilang selera. Bila orang tegur ana kata penat and tak cukup tidur. Memang penat dan memang tak cukup tidur pun. Tapi itu bukan alasannya ana mendiamkan diri. Cuma ana tak mampu menyatakannya kepada sesiapa pun.

Cukuplah buat hari ini... entry pertama.