Bila kebenaran tersingkap
Akhirnya.. setelah berharap begtu lama.. tertanya-tanya, kebenaran tersingkap jua. Akhirnya aku tahu jua siapa aku di sisinya. Alangkah membazirnya segala harapan dan cita-cita yang pernah aku sandarkan untuknya.
Bulan Ramadhan ini banyak mengimbau kenangan bermulanya satu pertemuan. Kenangan bermulanya kasih bercambah perasaan. Kadang-kadang aku kesal kerana aku membiarkan hati dan perasaan ini terpaut padanya. Aku kesal kerana membenarkan kasih sayang itu bercambah. Sedangkan ini entah kali keberapa ia terjadi. Dan yang paling menyedihkan adalah aku telahpun mempersiapkan diri untuk sesuatu yang lebih besar dari hubungan ini. Yang aku terjemahkan dari bingkisan-bingkisan yang dikirimkan padaku. Tapi aku kini terluka lagi. Di saat keluarga mendesak... di saat harapan diletakkan terlalu besar dan tinggi buatku. Aku terpaksa akur lagi dengan kekecawaan ini. Maafkan aku keluargaku. Buat masa ini aku tak mampu menunaikan segala harapan kalian. Bukannya aku tak mahu, tapi semuanya di luar kawalanku. Aku juga punya naluri untuk dimiliki dan memiliki. Tapi keputusan itu bukan milikku. Maka tidak mungkin harapan itu mampu aku jadikan kenyataan.
Tak tergambar rasa sebak dan sedih bila aku tahu hakikat yang sebenarnya. Air mataku tidak mampu aku tahan terutama bila mengadap tuhan. Dalam solat aku kongsi ceritaku, kesedihanku yang sampai saat dan ketika ini tiada siapa pun tahu apa yang berlaku.
Dalam sunyi dalam sendu aku terus berdiri. Semoga aku terus tabah menghadapi. Aku pohon pada yang esa agar semua dugaan ini berlipat ganda hikmahnya. Hanya yang terbaik akan aku miliki setelah sekian lama derita ini aku lalui.
- Maka nikmat tuhan yang manakah yang mampu aku dustakan? -

0 Comments:
Post a Comment
<< Home