Ana yang mula menulis..
Ana terlalu banyak memendam rasa. Ana tak tahu kenapa ada banyak perkara ana tak mahu kongsi dengan orang lain. Ana bukanlah pendiam orangnya, ana bukan tidak mempunyai rakan bahkan ana sebenarnya tidak punya musuh. Tapi ana sendiri hairan sebab banyak yang ana ingin katakan dan luahkan ana pendamkan dalam hati semata-mata. Ana telan bulat-bulat, walaupun hati ana sangat sakit bila ana pendam-pendam.
Menyedari hakikat itu, ana create blog ni. Dengan harapan ana mampu meluahkan. Biarpun tak ada siapa mendengar ataupun membaca. Kalau boleh biarlah tak ada siapa pun tahu.
Dalam hidup berbagai-bagai perkara akan dilalui dan berbagai perkara akan menghantui. Ana akan berumur 28 tahun bulan november ini. Secara peribadi, ana dah sampai tahap orang yang berjaya. Kerjaya - level assistant manager. Study? - sedang buat part time master di UTM. Keluarga - alhamdulillah, semakin stabil. Tapi ada satu perkara yang masih menjadi isu besar dalam hidup ana. Ana masih single. Keluarga semakin mendesak. Masalahnya, bukan ana tak hendak kahwin macam ramai wanita berkerjaya lain... tapi setakat ini ana tak jumpa lelaki yang betul-betul ikhlas dan nak kahwin dengan ana. Bukan tak jumpa langsung.. jumpa tapi semuanya tak berjaya.
Kalau ikutkan dah berapa kali ana putus cinta. Sampai ana serik rasanya. Tapi ana tak berhenti mencuba. Ana ingat yang pertama.. bercinta dengan cikgu sendiri. Bila keluarga dah setuju, dia ubah fikiran. Dia tak berfikir panjang katanya. Kali kedua.. ana ingat dah cukup serius. Ana ketepikan perbezaan status dan tahap pendidikan. Keluarga tak ada halangan. Rupa-rupanya dia suami orang beranak dua. Putus. Ini antara kekecewaan yang paling besar yang pernah ana lalui. Kali ketiga, cinta terlarang. Bercinta dengan student sendiri. Tapi ana putuskan. Dia 6 tahun lebih muda dari ana. Ana rasa tak ada masa depan yang baik. Dan yang terbaru..student juga. Setahun lebih muda, dah bekerja, cuma masih buat degree secara part time. Entahlah.. dia tak cukup bersungguh-sungguh walaupun sampai sekarang ana masih berharap dia mengotakan apa yang pernah dikatakannya. Cuma semakin lama ana tunggu, semakin sakit terasa. Hingga ana buat keputusan untuk melupakan dia.
Bila ana jumpa kawan-kawan yang dah berkeluarga, ana sangat-sangat cemburu. Bila ana pergi majlis kahwin kawan-kawan.. air mata ana masti luruh. Ana tak tau kenapa sampai sekarang ana jumpa lelaki, ana diberi harapan, tapi lepas tu ana dikecewakan. Kalau sekadar untuk dikecewakan ana lebih rela tak jumpa sesiapa. Ana boleh hilang mood semata-mata cemburukan kebahagiaan orang lain. Sukanya melihat mereka dah ada baby masing-masing...alangkah bahagianya.
Tapi apa yang ana boleh buat? ana berdoa.. ana solat hajat.. baca yaasin setiap hari..moga tuhan percepatkan jodoh ana. Tapi tuhan masih belum makbulkan. Tuhan uji kesabaran dan ketabahan ana. Dan yang terbaru ana dipaksa mandi bunga oleh keluarga. Air jampi dan segala macam. Hati ana memberontak buat semua tu. Tapi kerana hormatkan keluarga ana turutkan juga. Mungkin tuhan susah nak makbulkan doa ana sebab ana ni bukan baik sangat, tapi ana mohon tuhan makbulkan doa ibu-bapa ana. Ana sangat-sangat takut, mereka tak sempat tengok ana ke jinjang pelamin memandangkan umur mereka yang semakin bertambah. Sudah tentulah mereka ingin sangat menimang cucu sendiri.
Tapi ana tetap macam biasa. Di hadapan orang lain ana nampak relax.. ceria.. bersemangat. Tapi orang tak tahu ana sebenarnya dalam konflik dan peperangan melawan perasaan sendiri. Semuanya dalam senyap dan diam. Ana risau kalau tiba-tiba ana tumbang kerana tak mampu lagi bertahan.
Semalam contohnya ana attend satu dinner. Kawan-kawan datang dengan keluarga. Walaupun ada yang bujang, tapi mereka jauh lebih muda dari ana. Ana masa age diaorag dulu masih tak berapa kisah pasal kahwin. Tak ada sesiapa desak. Tapi bila tengok kawan-kawan pegang baby.. aduh.. cemburunya... tiba-tiba ana hilang selera. Bila orang tegur ana kata penat and tak cukup tidur. Memang penat dan memang tak cukup tidur pun. Tapi itu bukan alasannya ana mendiamkan diri. Cuma ana tak mampu menyatakannya kepada sesiapa pun.
Cukuplah buat hari ini... entry pertama.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home